Satu kerunsingan bagi ibu anak-anak kecil jika anak diserang sembelit atau susah membuang air besar.

Sembelit

Sembelit biasa terjadi ketika bayi sudah mula makan makanan pejal (solid food).
Bayi yang hanya menyusu ibu biasanya membuang air besar 3 hingga 5 kali sehari, dan semakin berkurang mengikut pertambahan umur. Manakala bayi yang minum susu formula kekerapan membuang air besar lebih kurang berbanding bayi yang menyusu ibu (breastfeed). Perkara itu adalah normal. Untuk mengesan bayi dalam keadaan normal atau tidak, boleh menganalisa warna dan tekstur najis bayi anda.

 Ini ialah analisa warna najis bayi yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan bayi di Jepun (diselitkan dalam setiap buku pink bayi). Warna najis bayi 1~3 adalah tidak normal dan perlu dirujuk kepada doktor dengan segera.

Sembelit pula berlaku bila bayi yang sudah mula makan makanan pejal tidang membuang air besar sehingga beberapa hari. Walaupun najis bayi dalam ekstur lembut, tapi apabila berlaku sembelit, bayi  memerlukan lebih tenaga (baca: meneran) untuk membuang air besar.

Urutan Sembelit

Ketika bayi saya tidak membuang air besar walaupun sekali dalam masa sehari, keesokan harinya selepas mandi, saya akan mengurut perut bayi saya dengan sapuan Herbal Blend Cream Shaklee (HBC) mengikut cara urutan seperti gambar di bawah.

-gambar google-

Setiap kali bayi saya tidak membuang air besar dalam sehari, keesokannya harinya memang bayi saya akan membuang air besar dengan banyak selepas diurut lembut dengan cara “i love you” ni..

Apa pula keistimewaan Herbal Blend Cream Shaklee?

  Herbal Blend Cream Shaklee ini dihasilkan dari estrak semula jadi termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. HBC ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya untuk kulit. Telah diuji secara klinikal untuk melembutkan kulit kasar seperti tumit kaki, siku dan sebagainya.

Herbal Blend Cream Shaklee ini juga mengandungi menthol, apabila disapu di perut bayi, boleh membantu mengelakkan kembung perut pada bayi, dan rasa selepas sapuan itu menenangkan bayi. Juga membantu menghilangkan ruam bayi. Juga boleh digunkan sebagai losen harian sekeluarga.

 

Urutan Sembelit Bayi
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!