Alhamdulillah pada 10.9.2016 selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.44kg secara normal.

Pengalaman pertama hamil dan bersalin, diperantauan.

Imad Aqil dilahirkan di Matsushima Ladies Clinic, Otsu, sebuah klinik O&G yang dikelola oleh doktor perempuan dan semua staff perempuan.

Saat Kelahiran

Ketika dalam bilik bersalin, suami dan ibu dibenarkan berada bersama. Saat menahan sakit contraction, nurse atau suami akan suapkan minuman tenaga ( suami saya bagi saya minum gel tenaga perisa pisang hihi) untuk bekalkan tenaga sepanjang proses kelahiran.

Doktor akan masuk ke bilik bersalin hanya ketika kepala bayi sudah kelihatan. Sebelum itu saya ditemani oleh suami, ibu dan 3 orang nurse.

Selepas Kelahiran

Selepas selamat melahirkan, doktor dan nurse akan bagi laluan untuk sesi bergambar hehe 😍😅

Ibu akan dibiarkan di LR untuk berehat selama 2 jam selepas bersalin. Selepas 2 jam barulah akan dihantar ke bilik wad.

Malam pertama di wad, bayi akan tidur di bilik bayi bawah pemantauan nurse bagi memberi ruang untuk ibu merehat dan pulihkam tenaga.

Bayi akan dihantar ke bilik wad bersama ibu keesokan harinya.

Mengikut prosedur hospital bagi kelahiran, tempoh berada di wad paling minimum adalah 5 hari. Doktor akan pastikan bayi dan ibu dalam keadaan sihat sebelum dibenarkan keluar wad. Luka episiotomi ibu akan dicek sebelum dibenarkan discaj.

Bantuan Kelahiran

Di jepun, ada bantuan kelahiran untuk semua wanita yang bersalin walaupun bukan warganegara Jepun. Di daerah saya tinggal, bantuan kelahiran sebanyak 420 ribu yen (RM 16 ribu lebih kurang) akan diberikan untuk bayaran bil hospital. Jika bil hospital kurang dari nilai 420 ribu yen, duit lebih akan diberikan kepada ibu dan anak. Nilai bantuan berbeza mengikut daerah tempat tinggal.

Pantang

Saya berpantang dijaga oleh mak saya yang datang selama sebulan. Berpantang cara orang Kelantan 😄. Sepanjang berpantang saya mengambil Set Pantang Shaklee dan juga Barut dan Lulur dari Nona Roguy.

Set Pantang Shaklee terdiri daripada

ESP: sumber protein untuk bantu cepat baik luka dan beri tenaga

Alfalfa: sebagai jamu untuk bantu baik pulih dalaman wanita dan bantu elak sembelit

Bcomplex: sumber viamin untuk mengawal emosi stress

Vitamin C: Bantu baikpulih luka episiotomi

Ostemaxtrix: Kalsium untuk bantu hilangkan lenguh2 badan dan bantu elak sembelit.

Vitalea: Multivitamin sumber tenaga sepanjang pantang

Alhamdulillah, bayi saya tiada jaundis dan saya juga dapat berpantang dengan baik walaupun di perantauan.

 

 

Pengalaman Bersalin Di Jepun
Tagged on:         

One thought on “Pengalaman Bersalin Di Jepun

  • 31 March 2017 at 2:21 am
    Permalink

    Mcm best je bslin kat jpn.. 😉😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!