Abu Ayyub al-ansari.

Satu nama yang tidak asing dikalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.

Bagi saya, nama ini sangat memberi inspirasi. Inspirasi yang macam mana?

Abu Ayyub al-ansari, adalah dari golongan Ansar (penduduk Madinah yang menyambut kedatangan penduduk Mekah-Muhajirin).
Rumah Abu Ayyub menjadi rumah penginapan Rasulullah yang pertama setibanya di Madinah dalam peristiwa hijrah ke Madinah.

Apa yang saya terinspirasi dari kisah Abu Ayyub ialah semangat dan kemurniaan keyakinan beliau pada janji Allah dan kata-kata Rasulullah.

Abu Ayyub tidak pernah gagal untuk mengikuti setiap perang bersama Rasulullah.
Sehingga zaman khalifah Mua’awiyah, di usia yang sudah lanjut, Abu Ayyub masih ingin bersama pasukan perang untuk membebaskan Kota Konstatinople, di bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyah. Di situ beliau jatuh sakit dan beliau meminta untuk dikebumikan di luar Kota Konstantinople kerana ingin mendengar tapak-tapak kaki kuda pasukan yang akan datang membebaskan Konstaninople. Beliau yakin dengan hadis Rasulullah yang bermaksud,

“Kota Konstantinople akan dibebaskan oleh sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat”

Ternyata kata-kata Rasulullah itu benar-benar terjadi selepas puluhan tahun hadis tersebut diucapkan.
Sila baca kisah Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya ye 🙂

Lihat betapa yakinnya Abu Ayyub dengan janji Allah kan.

Janji Allah bahawa REZEKI setiap manusia itu berbeza. Kita yang perlu yakin bahawa kita ada rezeki kita walau dalam apa jua bentuk dan di mana juga.

Walaupun ramai yang meniaga barang yang sama, contohnya supplemen (shaklee la ni hehe), tudung, jubah dan sebagainya, tapi percayalah selagi kita usaha dan yakin berserta tawakal, insya Allah ada rezeki kita 🙂

Masih meletakkan satu fokus utama kehidupan dan berusaha untuk mencapai fokus tersebut dengan menggunakan peluang yang Allah sediakan.

Perjalanan kita tidak akan sentiasa dibentangi karpet merah, pasti akan dihiasi dengan duri-duri yang menganggu tumpuan yang sebenarnya mendidik kita lebih bersedia untuk mengharungi usia kematangan.

-ibuimad
Pengedar Shaklee Jepun dan Malaysia

 

Abu Ayyub Al-Ansari
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!